CiNTa HaTiKu

CiNTa HaTiKu

Friday, June 24, 2011

PeTuA aGaR SeNTiaSa CeRiA

Aku hadiri kursus motivasi pada 26 Jun 2011 semalam. Penceramahnya Dato' Dr. Fadzilah Kamsah. Banyak ilmu-ilmu yang dikongsi bersama oleh beliau. Antaranya macam mana nak bagi rasa sentiasa ceria. Apa pun nak dapatkan rasa ceria ni kita kena mulakan dari rumah lagi, dari saat awal bangun pagi. Tips2nya ialah:

  1. Programkan minda sebelum tido setiap malam - cth: set dalam minda kita, esok ni nak bangun tido awal dan ceria. Hmm..kalau yang dah ada anak 2, ingatkan anak sebelum dia melelapkan mata supaya esok bangun tidak nangis-nangis. Menurut kajian, perkara terakhir yang diingati sebelum kita melelapkan mata akan bermain dalam mimpi kita. So, bila perkara yang terakhir kita ingat itu yang elok2 atau best2, so kita mimpi pun yang elok2 dan best2 la. Bangun pagi pun kita akan jadi ceria. 
  2. Apabila bangun tido terus senyum dan berdoa. Doa Bangun tido- Allhamdulillahillazi Ahya na ba'k dama ama tana wailaihinnusyur. Maknanya:  Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah sebelumnya mematikan kami, dan hanya kepada-Nya-lah kita kembali. 
  3. Cari butang Hijau- cth: Buat satu benda di pagi hari yang boleh menceriakan mood. Ada setengah orang suka dengar lagu, suka belai2 kucing, layari itnet, makan, senaman, ada juga yang boleh menceriakan moodnya dengan memeluk isteri atau suami di pagi hari, dapat tengok muka isteri atau suami senyum hati pun jadi ceria. Buatla apa saja yang boleh ceriakan mood asalkan perbuatan tu xharam la. Ha..so carilah butang Hijau korang ye..

Tips yang dikongsi ni bukan saja2 tau, aku pun dah mula buat jugak. Alhamdulillah, hari pertama dah jadi dah sket. Nampak dah perubahannya. Kalau tak, bangun pagi muke monyok je aku ni. Semoga kita sukses dan ceria selalu.....!!! Wassalam..

Thursday, June 23, 2011

TriFLe KeK PaNdaN deNgan BuaH PeacH

Lazaat Yerrr!!!
Resepi

  • 2 sudu besar Tepung Kastard (penuh-penuh mcm bukit)
  • Kek gulung perisa pandan
  • 1 kotak Jeli Kristal Strawbery (Jenama nona)
  • 1 tin Buah Peach  (Jenama Ayam Brand)
  • 1 tin Susu Cair Ideal
  • 1 sudu besar gula (penuh2 sudu)
  • Air

Cara membuatnya:
  1. Susunkan kek  gulung yang dipotong. Buat 1 lapisan dalam bekas dan ketepikan dulu.
  2. Panaskan susu cair dan gula sehingga mendidih dengan api yang perlahan.
  3. Larutkan tepung kastard dalam 1 mangkuk dengan 2 cawan air dan masukkan dalam susu yang mendidih tadi. Kacau sampai jadi pekat.
  4. Tuangkan bancuhan tepung kastard yang pekat tadi ke dalam bekas yang berisi kek dan biarkan sehingga kastard menjadi pejal dahulu.
  5. Larutkan jeli dengan 2 cawan air dan panaskan di atas dapur sehingga mendidih dan tuangkan perlahan-lahan ke dalam bekas berisi kek dan kastard tadi.
  6. Basuhkan buah peach dalam tin dan susun di atas jeli.
  7. Biarkan sejuk dulu sebelum di masukkan ke dalam peti.
Susun kek buat 1 lapisan dan tuangkan kasterd 1 lapisan


Biarkan kastard menjadi pejal sebelum dituangkan jeli kristal ke atasnya
Buah peach di basuh terlebih dahulu
Susun cantik2 buah peach atas jeli kristal
Inilah hasilnya dari pandangan sisi..Keindahan 3 Tingkat!!!

Ok kawan-kawan...Selamat mencuba la yea.

NaSi GoReNg PapRiK AyaM

nyummie!!




Resepi:

Bahan Nasi Goreng 
  • Nasi 
  • 1 ulas bawang putih 
  • 1 sudu Cili boh 
  • Gula 
  • Sos ikan (Kicapnya cair je-jenama Puteri) 
  • Minyak

Bahan Paprik Ayam
  • Ayam
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang besar (kaler putih)
  • 1 biji bawang merah
  • 2 biji cili padiTomato sebiji
  • 1/2 sudu kecil serbuk kuyit
  • 1/2 sudu kecil belacan
  • 1 sudu besar cili boh
  • 1 sudu kecil pes tomyam
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • Garam
  • Gula
  • Limau nipis
  • Daun Limau nipis
  • Minyak 
  • Air

Cara membuatnya:

Nasi Goreng

  1. Tumis bawang putih.
  2. Masukkan nasi dan rencah-rencah (gula, cili boh, sos ikan).
  3. Goreng sehingga nasi sebati dengan rencah2 tadi.

Paprik Ayam

  1. Tumbuk Cili padi, bawang merah, belacan. Mcm nak buat sambal.
  2. Tumis bawang putih yang telah diketuk.
  3. Masukkan ayam yang telah dipotong kecil-kecil. Goreng sehingga naik bau dan masak.
  4. Masukkan bahan yang telah ditumbuk di atas, cili boh, sebuk kunyit, pes tomyam, dan sos tiram.
  5. Cukupkan rasa dengan garam, gula, dan limau nipis.
  6. Masukkan hirisan bawang besar, tomato yang telah dipotong dan daun limau purut.
  7. Kacau rata, masukkan sedikit air supaya ada kuah dan basah2 sket.

Bila dah siap boleh dihidang bersama nasi goreng tadi. Boleh juga nak tambah telur mata kalau nak. Selamat mencubanya.  Semoga berjaya!


Sampai licin suami aku makan..dia kata best!!







Wednesday, June 22, 2011

RuMaH TraDiSioNaL di TaMaN MiNi MaLaYsiA

Pada 11 Jun 2011, Aku dan suami pergi Taman mini Malaysia yang terletak di Ayer Keroh, Melaka. Seronok dapat lihat rumah-rumah ini dari dekat dan dapat masuk dalam rumah tu. Setiap negeri di Malaysia memiliki reka bentuk rumah tersendiri. Berpeluh juga kami melawat dari rumah ke rumah di sini. Selain rumah tradisional Malaysia, ada juga rumah-rumah tradisonal negara Thailand, Indonesia, Filipina. Tiket masuk tak la mahal sangat masa aku pergi ni, cuma RM5 seorang. 
Inilah dia di antara rumah-rumah yang sempat aku snap gambar masa tu....

Rumah Negeri Perak
Rumah Negeri Selangor
Rumah Negeri Kelantan

Rumah Negeri Johor
Rumah Negeri Melaka
Yang seronoknya berjalan di sini, kami dapat masuk dalam rumah-rumah itu melihat ukiran dan rekabentuk rumah-rumah tersebut. So, dapatla rasa macam mana rumah orang dulu-dulu tinggal..
Tangga Rumah Negeri Sabah
Tangga Rumah Negeri Sarawak
Memang risau jugak naik tangga rumah Negeri Sabah dan Sarawak ni. Takut jatuh, masa nak naik tu ok sikitla, tapi masa nak turun tu yang payah skit..fuuhh!!!


Ini lantai rumah Sarawak
Lantai rumah Sarawak ni dibina dengan kayu buloh. Lain daripada yang lain. Rumahnya pun banyak guna buloh.  Agaknya orang Sarawak ni suka kayu buloh kot, sampai tarian buloh pon diaorang ada..


Dalam Rumah Selangor
Rumah Selangor yang paling besar dan luas sekali berbanding dari rumah-rumah lain. Bentuknya pun memanjang. Ada banyak tingkap. Cantik rumah ni.
Berposing di pintu masuk rumah selangor

Tuesday, June 21, 2011

SaLaD TuNa

Salad Tuna ni sedap di makan bersama roti
 Resepinya:

  • Salad
  • Tomato
  • Bawang besar (Kaler Putih)
  • Tuna Dalam Air (Ayam Brand)
  • Mayonis
  • Lada Hitam
  • Lemon
  • Garam

Cara membuatnya:

1. Hiris daun salad dan potong bawang dan tomato. Satukan semua dalam mangkuk.
2. Keluarkan isi tuna daripada air dalam tin dan masukkan dalam sayur tadi.
3. Air tuna dalam tin jangan dibuang, letak dalam 1 mangkuk lain.
4. Letakkan mayonis, lada hitam (tumbuk dulu), perahan lemon dan garam secukupnya ke dalam air tuna. Gaul rata.
5. Masukkan kesemua air tuna yang telah digaul dengan bahan-bahan di atas ke dalam salad. Gaul rata kesemuanya.

Salad, tomato dan bawang yang telah dipotong

Air Tuna yang dicampur dengan mayonis, 
lada hitam, lemon dan garam

Simple je kan. Nanti bolehla cuba. Banyakkan makan sayur-sayuran, kulit jadi cantik,dapat kekalkan diet dan badan pun sihat. Boleh simpan dalam peti sejuk kalau tak habis.

Bercuti di Melaka..yea-yea


Aku dan suami bercuti di Melaka untuk bersama-sama menyambut Anniversary  perkahwinan yang pertama. Seronok jalan-jalan di Melaka. Banyak tempat-tempat bersejarah. Sape-sape yang suka nak tahu tentang sejarah ni boleh la pergi Melaka, banyak cerita sejarah di situ.

Masa kami naik beca di Melaka, abang yang bawa beca sempatla bercerita serba sedikit tentang sejarah di Melaka ni. 

Kata abang beca tu, Bangunan sejarah yang di bina berwarna merah adalah bangunan yang di bina oleh Penjajah Belanda, Bangunan yang berwarna putih pula dibina oleh Penjajah British, manakala Bangunan yang tidak bewarna berbatu bata adalah di bina oleh Penjajah Portugis. Itula yang aku ingat masa dia bercerita. Baru aku tahu, rupa-rupanya warna bangunan bersejarah di Melaka ini berbeza dan ada tema warna sendiri mengikut pemerintahan masing-masing.

Dia juga sempat bercerita tentang Hang Tuah dan Hang Jebat, katanya Hang Jebat tu memang wujud, sebab kubur Hang Jebat ada. Tetapi Hang Tuah pula katanya tidak dapat dipastikan samada wujud ataupun tidak dan kubur Hang Tuah memang tidak ada, cuma Telaga Hang Tuah ada. Kalau ikutkan cerita melayu dulu-dulu, Hang Jebat ni jahatla orangnya, Hang Tuah pula baik. Tapi kalau nak ikutkan, Hang Jebat ni bukannya jahat sebenarnya, dia cuma nak menegakkan keadilan, disebabkan kekejaman Sultan Melaka pada masa itu membuatkan Hang Jebat dikatakan penjahat..ntahla betul ke tidak, Wallahu a'lam..
 
Kami juga sempat makan mee kari kerang di gerai berhampiran dengan kawasan penginapan kami iaitu Hotel Straits Meridian. Ni je gambar yang kami sempat snap hari tu. Dah nak habis baru teringat nak snap, lapor sangat masa tu. Hehe..
Banyak lagi tempat-tempat lain yang kami pergi seperti Taman Mini Malaysia, Taman Buaya, Planetarium, naik River Cruise Melaka, naik kapal hayun di IOI Melaka (sampai suami rasa nak muntah-muntah naik kapal ni) dan berjalan-jalan di sekitar Bandaraya Melaka. Boleh dikatakan best jugakla sebab harga pun berpatutan nak berjalan-jalan di Melaka ni. 
Tambahan pula aku memang dah beli Kupon Diskaun untuk jalan-jalan di Melaka ni yang di jual oleh rakan ku, jadi dapat diskaunla beberapa tempat yang kami pergi tu dengan percuma penginapan 1 malam. Okla tu, berbaloi-baloi untuk bajet dalam RM300 untuk kami berdua. Sebenarnya banyak lagi tempat-tempat yang kami tak lawat lagi, nanti lain kali jela , kalau ada rezeki, kami pergi lagi. InsyaAllah.

Tuesday, March 29, 2011

Millenium Perfume

Harumnya wangian ini..

Wangian suci, boleh dipakai bila-bila masa, harumannya yang lembut dan mententeramkan jiwa memikat hati.
Boleh didapati dalam bentuk botol kecil yang senang untuk di bawa kemana saja. 
Wangian untuk wanita dan lelaki boleh di pilih mengikut cita rasa anda. 

Harga untuk 1 botol RM8, 1 kotak RM40 (termasuk kos penghantaran).
Kalau terasa nak beli boleh la hubungi saya di no. h/p 019-2683824. Boleh juga layari website produk ini di http://www.milleniumperfume.net/rosnani untuk maklumat lanjut tentang wangian harum ini...


Di antara senarai wangian wanita dan lelaki adalah seperti berikut:
 JENIS (Wanita) INSPIRASI BY
AMOR AMOR CACHAREL
BE DELICIOUS DKNY
BEAUTIFUL ESTEE LAUDER
BRIT SHEER BURBERRY
CURIOUS BRITNEY SPEARS
DEEP RED HUGO BOSS
ESCAPE CALVIN KLEIN
HUGO HUGO BOSS
JADORE ESTEE LAUDER
KENZO FLOWER KENZO
MIRACLE LANCOME
PARIS HILTON PARIS HILTON
PLEASURE ESTEE LAUDER
RALPH RALPH LAUREN
RED JEAN GIANNI VERSACE
ROMANCE RALPH LAUREN
RUSH GUCCI
SECRET WISH ANNA SUI
SUNFLOWER ELIZEBETH ARDEN
TOMMY GIRL TOMMY HILFIGER
TRESOR LANCOME
MIDNIGHT FANTASY BRITNEY SPEARS
INCANTO SHINE SALVATORE FERRAGAMO
 WHITE MUSK THE BODY SHOP 
 DEWBERY THE BODY SHOP
 APPLE BLOSSOM (w)  THE BODY SHOP

 JENIS (Lelaki)
 INSPIRASI OLEH
 ACQUA DI GIO  GIORGIO ARMANI
 BLV BVLGARI  BVLGARI
 CONTRADICTION  CALVIN KLEIN
 DUNHILL DESIRE  ALFRED DUNHILL
 DUNHILL DESIRE BLUE  ALFRED DUNHILL
 ETERNITY  CALVIN KLEIN
 EXTREME BVLGARI  BVLGARI
 HUGO  HUGO BOSS
 POLO BLACK  RALPH LAUREN
 POLO BLUE  RALPH LAUREN
 POLO SPORT  RALPH LAUREN
 TOMMY BOY  TOMMY HILFIGER
 EUPHORIA  CALVIN KLEIN
 CK ONE  CALVIN KLEIN
 CK SUMMER  CALVIN KLEIN
 DUNHILL EDITION  ALFRED DUNHILL

Terbaru!!!!
Wangian Millenium boleh di dapati dalam botol 5 ml dalam bentuk Roll dan Spray. Harga RM13.90 sebotol. Sila rujuk gambar di bawah untuk melihatnya: