Pada 11 Jun 2011, Aku dan suami pergi Taman mini Malaysia yang terletak di Ayer Keroh, Melaka. Seronok dapat lihat rumah-rumah ini dari dekat dan dapat masuk dalam rumah tu. Setiap negeri di Malaysia memiliki reka bentuk rumah tersendiri. Berpeluh juga kami melawat dari rumah ke rumah di sini. Selain rumah tradisional Malaysia, ada juga rumah-rumah tradisonal negara Thailand, Indonesia, Filipina. Tiket masuk tak la mahal sangat masa aku pergi ni, cuma RM5 seorang.
Inilah dia di antara rumah-rumah yang sempat aku snap gambar masa tu....
|
Rumah Negeri Perak |
|
Rumah Negeri Selangor |
|
Rumah Negeri Kelantan |
|
Rumah Negeri Johor |
|
Rumah Negeri Melaka |
Yang seronoknya berjalan di sini, kami dapat masuk dalam rumah-rumah itu melihat ukiran dan rekabentuk rumah-rumah tersebut. So, dapatla rasa macam mana rumah orang dulu-dulu tinggal..
|
Tangga Rumah Negeri Sabah |
|
Tangga Rumah Negeri Sarawak |
Memang risau jugak naik tangga rumah Negeri Sabah dan Sarawak ni. Takut jatuh, masa nak naik tu ok sikitla, tapi masa nak turun tu yang payah skit..fuuhh!!!
|
Ini lantai rumah Sarawak | |
Lantai rumah Sarawak ni dibina dengan kayu buloh. Lain daripada yang lain. Rumahnya pun banyak guna buloh. Agaknya orang Sarawak ni suka kayu buloh kot, sampai tarian buloh pon diaorang ada..
|
Dalam Rumah Selangor |
Rumah Selangor yang paling besar dan luas sekali berbanding dari rumah-rumah lain. Bentuknya pun memanjang. Ada banyak tingkap. Cantik rumah ni.
|
Berposing di pintu masuk rumah selangor |
No comments:
Post a Comment