CiNTa HaTiKu

CiNTa HaTiKu
Showing posts with label Al-kisahnya. Show all posts
Showing posts with label Al-kisahnya. Show all posts

Friday, June 24, 2011

PeTuA aGaR SeNTiaSa CeRiA

Aku hadiri kursus motivasi pada 26 Jun 2011 semalam. Penceramahnya Dato' Dr. Fadzilah Kamsah. Banyak ilmu-ilmu yang dikongsi bersama oleh beliau. Antaranya macam mana nak bagi rasa sentiasa ceria. Apa pun nak dapatkan rasa ceria ni kita kena mulakan dari rumah lagi, dari saat awal bangun pagi. Tips2nya ialah:

  1. Programkan minda sebelum tido setiap malam - cth: set dalam minda kita, esok ni nak bangun tido awal dan ceria. Hmm..kalau yang dah ada anak 2, ingatkan anak sebelum dia melelapkan mata supaya esok bangun tidak nangis-nangis. Menurut kajian, perkara terakhir yang diingati sebelum kita melelapkan mata akan bermain dalam mimpi kita. So, bila perkara yang terakhir kita ingat itu yang elok2 atau best2, so kita mimpi pun yang elok2 dan best2 la. Bangun pagi pun kita akan jadi ceria. 
  2. Apabila bangun tido terus senyum dan berdoa. Doa Bangun tido- Allhamdulillahillazi Ahya na ba'k dama ama tana wailaihinnusyur. Maknanya:  Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah sebelumnya mematikan kami, dan hanya kepada-Nya-lah kita kembali. 
  3. Cari butang Hijau- cth: Buat satu benda di pagi hari yang boleh menceriakan mood. Ada setengah orang suka dengar lagu, suka belai2 kucing, layari itnet, makan, senaman, ada juga yang boleh menceriakan moodnya dengan memeluk isteri atau suami di pagi hari, dapat tengok muka isteri atau suami senyum hati pun jadi ceria. Buatla apa saja yang boleh ceriakan mood asalkan perbuatan tu xharam la. Ha..so carilah butang Hijau korang ye..

Tips yang dikongsi ni bukan saja2 tau, aku pun dah mula buat jugak. Alhamdulillah, hari pertama dah jadi dah sket. Nampak dah perubahannya. Kalau tak, bangun pagi muke monyok je aku ni. Semoga kita sukses dan ceria selalu.....!!! Wassalam..

Thursday, December 30, 2010

Kemenangan bola sepak..


Hari ni hari jumaat..sepatutnya aku kerja hari ni.
Tetapi disebabkan Malaysia menang lwn indinesia dalam perlawanan bola sepak AFF, so dapat cuti hari ni..best ooo..sebab aku dh habis dah cuti sepatutnya..aku baru jer sudah masak..hari ni aku masak gulai rebung dan hati ayam masak sambal..pastu buat sambal belacan dan budu sket..ni sambil tunggu suami aku balik dari semayang jumaat aku online le kejap..ok la aku nak g mandi dulu la..xmandi lagi ni..tu ha..suami ku dah balik dah tu..nanti sembang lagi..